Home Ekonomi Penyenaraian Prolintas akhir tahun depan

Penyenaraian Prolintas akhir tahun depan

KUALA LUMPUR – Penyenaraian Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) dijangka dilaksanakan pada akhir tahun depan.

Sasaran itu lebih awal berbanding jangkaan pada tahun 2019 yang dibuat sebelum ini.

Prolintas adalah syarikat pengendali lebuh raya yang dimiliki sepenuhnya oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata, syarikat itu kini dalam proses melengkapkan keperluan penyenaraian tersebut.

Ia membabitkan penstrukturan semula modal dan dalaman.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas nilai tawaran awam permulaan yang dijangkakan daripada penyenaraian itu.

“Ia masih terlalu awal memandangkan syarikat itu sedang memenuhi semua kriteria yang diperlukan bagi proses penyenaraian tersebut,” ujarnya.

Prolintas kini mengendalikan enam lebuh raya di Lembah Kelang iaitu Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Kajang SILK (SILK), Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dan Lebuhraya Bertingkat Damansara – Shah Alam (DASH). – MalaysiaGazette