Home Ekonomi PNB umum agihan AS1M 6 sen seunit

PNB umum agihan AS1M 6 sen seunit

KUALA LUMPUR – Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan agihan pendapatan Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) sebanyak enam sen seunit sesaham bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2017.

AS1M mencatatkan pendapatan bersih sebanyak RM600.47 juta pertumbuhan sebanyak 16 peratus berbanding RM517.28 juta pada tahun lalu.

Ia melibatkan jumlah pembayaran sebanyak RM724.10 juta yang akan dibayar kepada lebih 390,000 pemegang akaun yang memiliki 12 bilion unit.

Prestasi itu didorong oleh pasaran ekuiti domestik yang kukuh khususnya kaunter kewangan dan perkhidmatan.

PNB berkata, pengiraaan pengagihan pendapatan AS1M berdasarkan purata baki minimum bulanan yang dipegang sepanjag tahun kewangan.

Pembayaran agihan pendapatan AS1M akan dilaburkan semula sebagai unit tambahan dan akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Oktober 2017.

Semua urus niaga amanah saham itu akan ditangguhkan sehingga 30 September ini.

Pemegang akaun boleh mengemas kini akaun pada 1 Oktober ini. – MalaysiaGazette