KUALA LUMPUR – Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn Bhd, pemegang konsesi bagi Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) akan melaksanakan lencongan lorong kanan sepenuhnya di Jalan Lingkaran Tengah 2, berhampiran Terminal Bersepadu Selatan (TBS).
Lencongan lorong kanan kedua-dua arah di sepanjang 1.8 km bahagian median Jalan Lingkaran Tengah 2 ini adalah untuk memberi laluan bagi kerja-kerja pembinaan lebuh raya seperti pemasangan cerucuk, struktur dan rasuk.
Kerja ini dijadualkan bermula pada 30 September 2017 dan dijangka berakhir sehingga 28 Februari 2019.
Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan agar berhati-hatidan mematuhi panduan keselamatan yang ditetapkan.
Walau bagaimanapun laluan tiga lorong di kawasan tersebut masih dikekalkan.
Ciri-ciri keselamatan seperti pemasangan kon keselamatan, papan tanda, penghadang plastik dan konkrit akan ditempatkan di kawasan terbabit.
Di samping itu, Emergency Traffic Response Patrol akan bertugas 24 jam bagi menghadapi sebarang kecemasan.
Sebagai alternatif, pengguna disarankan untuk menggunakan Lebuhraya KL-Seremban dan Lebuhraya BESRAYA untuk ke pusat bandar. – MalaysiaGazette