Home Sukan Ancelotti mangsa konspirasi 5 pemain

Ancelotti mangsa konspirasi 5 pemain

Carlo Ancelotti

MUNICH – Sebab pemecatan Carlo Ancelotti akhirnya didedahkan apabila Presiden Kelab Bayern Munich mengakui dia terpaksa membuat keputusan drastik itu.

Uli Hoeness berkata, Ancelotti terpaksa dipecat kerana dia tidak mempunyai pilihan selepas lima pemain senior tidak sependapat dengan Ancelotti.

Ancelotti menerima nasib malang itu selepas pasukannya tewas 3-0 kepada Paris Saint-Germain dalam aksi Liga Juara-Juara Khamis lalu yang turut menyaksikan tiga pemain senior Mats Hummels, Arjen Robben dan Franck Ribery berada di bangku simpanan.

Media Jerman memberitahu, trio itu antara lima pemain yang tidak menyokong Ancelotti termasuk pemain pertahanan Jerome Boateng dan penyerang Thomas Muller.

Hoeness juga memberitahu Kongsley Coman antara pemain yang tidak bersetuju dengan pilihan Ancelotti.

“Saya mempelajari sesuatu dalam hidup ini iaitu musuh dalam selimut adalah yang paling bahaya. Itulah yang perlu dihadapi.

“Sedia maklum, pada pandangan saya, beberapa hari lepas jurulatih meminggirkan lima pemain penting yang menentangnya, dan juga Coman yang tidak beraksi,” jelasnya kepada Radio FFH.

Ancelotti kini dilaporkan akan kembali ke kelab lamanya, AC Milan manakala Bayern pula sedang mencari penggantinya.

Pemantu jurulatihnya, Willy Sagnol mengambil alih tuga utama untuk sementara waktu, namun Hoeness memberitahu kelab mahu pengurus baharu selepas cuti aksi antarabangsa nanti. – MalaysiaGazette