PETALING JAYA – MIC tidak mempunyai masalah sekiranya calon Pilihan Raya Umum ke-14(PRU14_) parti itu disaring Suruhanjaya Pencegahan rasuah Malaysia (SPRM).
Presidennya Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) akan meluluskan senarai calon yang diserahkan setiap parti komponen BN sebelum menjalani saringan tersebut.
“Kita sudah memberikan senarai nama calon berpotensi parti MIC iaitu lima hingga enam nama setiap kawasan, terpulang kepada BN untuk menentukan kepada saringan,’ katanya.
Beliau menyatakan demikian selepas majlis perasmian Bangunan baharu Pusat Perkhidmatan MIC Bahagian PJ Utara di sini hari ini. – MalaysiaGazette