KUALA LUMPUR – Filem aksi tahun 2017 terbitan Astro Shaw dan Skop Productions iaitu Abang Long Fadil 2 (ALF2) telah mencatat sejarah terbaru dalam dunia perfileman Malaysia.
Ini kerana filem berkenaan berjaya meraih kutipan RM17.9 juta dalam tempoh 39 hari dan sekaligus menjadi filem tempatan nombor satu paling laris di Malaysia masa kini, menurut satu kenyataan media hari ini.
Sebelum ini, filem dengan rekod kutipan tiket paling tinggi pernah
dipegang oleh filem ‘Polis Evo’ dengan kutipan RM17.8 juta pada tahun 2015 serta filem ‘The Journey’ dengan kutipan RM17.28 juta pada tahun 2014.
Kedua-dua filem ini juga merupakan filem terbitan Astro
Shaw.
Menariknya, filem ini telah ditayangkan sejak 24 Ogos yang lalu dan ia masih ditayangkan di 77 pawagam
tanah air sehingga ke hari ini.
Filem ALF2 yang diarahkan oleh Syafiq Yusof ini membariskan pelakon hebat tanah air seperti Zizan Razak, Syamsul Yusof, Dato’ AC Mizal, Wak Doyok, Achey (Bocey), Shuib (Sepahtu),
Tania Hudson, A Galak, Mas Khan dan ramai lagi.
Abang Long Fadil 2 mengisahkan tentang perjalanan hidup Fadil, yang terjerumus ke dalam dunia mafia didalangi oleh Taji Samprit dan anaknya Wak Doyok.- MalaysiaGazette
Comments are closed.