Home Utama ‘Jangan bunuh angsa bertelur emas’ – Mat Taib

‘Jangan bunuh angsa bertelur emas’ – Mat Taib

Muhammad Muhd. Taib.

SHAH ALAM – Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib hari ini mengulangi niatnya kembali kepada UMNO kerana nekad meninggalkan pembangkang yang didakwanya tidak memperjuangkan agenda Melayu.

Muhammad yang lebih dikenali sebagai Mat Taib berkata, tujuan utama beliau kembali ke pangkuan UMNO kerana bidang politik adalah satu perjuangan memelihara kepentingan Melayu.

Menyifatkan UMNO sebagai angsa bertelur emas, katanya, inilah masa untuk orang Melayu harus kembali kepada parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Saya naik ingatkan kepada orang Melayu terutamanya di Felda, jangan mudah terpengaruh dengan manipulasi pembangkang walaupun yang pergi bekas perdana menteri.

“Beliau dulu pernah kata kita kena taat kepada parti, sokong parti pembangkang, itu parti perkauman. Kita kena bina semula UMNO.

“Saya tidak ada kepentingan, bukan untuk pegang mana-mana jawatan. Saya ingatkan orang Melayu kita jangan silap dalam masa itu mengamuk, nanti ‘terbunuh’ angsa yang mengeluarkan telur emas (UMNO),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di kediamannya di Shah Alam hari ini.

Ini adalah sidang media pertama selepas beliau kembali menyertai UMNO pada 17 September lalu dan selepas dua tahun bersama pembangkang (Pas dan PKR).

Ditanya mengenai kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Moahamd yang memperlekehkan tindakan beliau menyertai UMNO, Mat Taib menjawab, sesiapa yang menyertai Tun M dianggap ‘malaikat’ dan sesiapa yang menentang beliau pula dianggap musuh.

“Masa saya bersama (pembangkang), dia puji saya. Maknanya di mata dia, kalau duduk sebelah dia semuanya ‘malaikat’. Kalah menentang dia, maknanya musuh dia.

“Tun M pun sudah mungkin dot dot dot…

“Saya tidak mahu menentang dia kerana satu ketika dahulu pernah ambil saya sebagai Menteri Besar. Tapi sama ada naik pilih dia atau orang Melayu, saya tinggalkan dia. Saya pilih orang Melayu,” katanya yang juga digelar Mike Tyson dalam politik tanahair.

Mahathir sebelum ini menganggap Mat Taib menganggap seperti ‘katak’ kerana melompat dari satu parti ke parti lain.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini membuat sidang media khas sempena kemasukan semula bekas Naib Presiden UMNO itu pada 17 September lalu.

Najib menjelaskan, keputusan Mat Taib itu dibuat selepas beliau hilang kepercayaan pada pakatan pembangkang terutama PKR. -MalaysiaGazette.

1 Komen

Comments are closed.