Home Dunia Bapa suspek tragedi Las Vegas individu dikehendaki FBI

Bapa suspek tragedi Las Vegas individu dikehendaki FBI

LAS VEGAS – Bapa kepada Stephen Paddock yang merupakan suspek tragedi tembakan rambang di festival muzik Route 91 Harvest merupakan orang yang dikehendaki Biro Siasatan Persekutuan (FBI).

Bapanya, Benjamin Hoskins Paddock didaftar agensi itu sebagai individu yang mempunyai potensi untuk membunuh dan membawa senjata api dalam rompakan bank.

Paddock dilabelkan sebagai individu yang dikehendaki FBI kerana mempunyai rekod melarikan diri dari penjara pada tahun 1960.

20 tahun selepas itu nama Paddock dikaitkan sekali lagi sebagai bertanggungjawab terhadap satu rompakan.

Terdahulu adik kepada suspek, Eric Paddock, yang ditemui media di rumahnya di Florida memberitahu, dia tidak pernah berjumpa dengan bapanya sejak lahir kerana bapanya melarikan diri.

“Saya tidak kenal dia dan tidak mahu mengenalinya. Dia tidak pernah menjenguk ibu. Saya dilahirkan sebagai pelarian sehingga keluarga kami berpecah belah,” jelas Eric. – Malaysia Gazette