MADRID – Real Madrid tetap komited dan kekal dengan tawaran tinggi yang akan dibuat kepada Tottenham Hotspurs.
Laman web Don Balon menjelaskan, kelab gergasi Sepanyol itu bersedia membida penyerang, Harry Kane dengan nilai potensi 177 juta pound (RM992.14 juta).
Keputusan itu dibuat selepas Presiden kelab, Florentino Perez telah lama mencari seorang penyerang tulen yang sebelum ini diisi oleh Karim Benzema yang menjadi pilihan Zinedine Zidane.
Bagaimanapun ketika ini, Benzema dilihat masih mencari semula sentuhan yang mula hilang hingga membuatkan Perez menjadikan Kane sebagai calon pilihan.
Pemain berusia 24 tahun itu kini berada di puncak prestasi apabila menunjukkan aksi luar biasa dengan menjaringkan sebelas gol untuk Spurs musim ini. – MalaysiaGazette