Home Ekonomi Ketegangan geopolitik jejas ekonomi Asia Timur

Ketegangan geopolitik jejas ekonomi Asia Timur

Bank Dunia
Bank Dunia

SINGAPURA – Bank Dunia meningkatkan unjuran ekonomi bagi Asia Timur dan Pasifik pada tahun ini dan 2018.

Bagaimanapun, tinjauan positif itu terjejas dengan pelbagai risiko termasuk peningkatan perlindungan perdagangan dan ketegangan geopolitik.

Bank Dunia mengunjurkan ekonomi rantau Asia Timur dan Pasifik (EAP), termasuk China berkembang 6.7 peratus pada tahun ini dan 6.2 peratus pada 2018.

Pada April lalu, bank utama yang berpangkalan di Washington itu mengunjurkan pertumbuhan 2017 pada 6.2 peratus dan 6.1 peratus bagi tahun depan.

“Tinjauan ekonomi bagi rantau ini kekal positif dan akan memberi kelebihan daripada pemulihan persekitaran luaran, selain pengukuhan permintaan domestik, kata Bank Dunia dalam Laporan Terkini Ekonomi Asia Timur dan Pasifik.

Tinjauan itu, bagaimanapun berhadapan dengan pelbagai risiko disebabkan peningkatan perlindungan perdagangan dan nasionalis ekonomi yang boleh menjejaskan dagangan global, selain ketengangan geopolitik di rantau itu.

Perang mulut antara Presiden Donald Trump dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un sejak beberapa minggu lalu telah meningkatkan kebimbangan tentang tersalah tafsir yang boleh menyebabkan peperangan, terutama sejak pelancaran berterusna peluru berpandu oleh Pyongyang.

“Oleh kerana peranan utama rantau ini dalam rantaian bekalan dan penghantaran global, peningkatan ketegangan ini dapat mengganggu aliran perdagangan global dan aktiviti ekonomi,” kata Bank Dunia.

Ia boleh disertai dengan ketidaktentuan pasaran kewangan yang mungkin menghalang pertumbuhan ekonomi di rantau ini dan juga “penerbangan hingga keselamatan” yang melonjakkan aliran keluar modal.

Bank Dunia menjangkakan ekonomi China berkembang 6.7 peratus pada tahun ini dan 6.4 peratus pada 2018 berbanding masing-masing 6.5 peratus dan 6.3 peratus bagi tahun ini dan tahun depan sebelum ini.

Ekonomi China dijangka berkembang sederhana pada 2018-2019 apabila ekonomi mengimbangi daripada pelaburan dan permintaan luar terhadap penggunaan domestik, kata bank itu.

Bank Dunia menurunkan ramalan pertumbuhan untuk beberapa negara di Asia Tenggara termasuk Myanmar dan Filipina, sambil meningkatkan unjuran ekonomi bagi Malaysia dan Thailand.

“Perniagaan di Myanmar telah menangguhkan pelaburan kerana menunggu agenda ekonomi kerajaan lebih jelas,” kata bank itu.

Bank Dunia mengurangkan unjuran pertumbuhan Myanmar sebanyak 0.5 mata peratusan bagi 2017 dan 2018, masing-masing kepada 6.4 peratus dan 6.7 peratus.

“Unjuran ini tidak memberi kesan jangka panjang daripada keganasan berterusan di Rakhine, yang jika ia berlarutan dapat memberi kesan buruk yang signifikan dalam pelaburan langsung asing,” kata bank itu.

Lebih daripada setengah juta Rohingya telah melarikan diri akibat tindakan keras tentera Myanmar di di Rakhine yang dilancarkan pada akhir Ogos.

Manakala di Filipina, kelewatan dalam program infrastruktur kerajaan yang dirancangmelembapkan prospek pertumbuhan ekonomi, kata Bank Dunia. – MalaysiaGazette