Home Sukan Wales gugur Gareth Bale

Wales gugur Gareth Bale

Gareth Bale. Foto The Independent.

LONDON – Gareth Bale terus berdepan episod malang apabila kembali cedera sekali gus digugurkan daripada senarai pemain Wales menjelang dua aksi Kelayakan Piala Dunia bertemu Georgia dan Republik Ireland.

Penyerang Real Madrid itu mengalami kecederaan betis yang dialami ketika saingan Liga Juara-Juara bertemu Dortmund minggu lalu selain turut terlepas bertemu Espanyol selepas itu.

Dengan ketiadaan Bales, Wales kini terpaksa bermain tanpa kelibatnya bertemu Georgia esok dan menentang Ireland di Cardiff, pada Selasa depan.

Wales kini berada pada kedudukan kedua Kumpulan D, mendahului satu mata dengan Ireland, serta ketinggalan empat mata dengan Serbia. – MalaysiaGazette