Home Ekonomi Petronas mahu jual aset di Kanada

Petronas mahu jual aset di Kanada

Petronas

KUALA LUMPUR – Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) merancang untuk menjual sebahagian daripada aset minyak dan gas yang dimiliki oleh anak syarikatnya di Kanada, Progress Energy.

Penasihat syarikat tersebut, BMO Capital Markets berkata, penjualan tersebut menjadi satu lagi lambang pengunduran Petronas dari Kanada selepas ia membatalkan projek eksport gas asli cecair bernilai AS$29 bilion di British Columbia pada Julai.

“BMO Capital Markets telah dilantik oleh Progress Energy untuk membantu mereka dalam penjualan aset-aset di Deep Basin, Alberta,” kata bank itu dalam websitenya.

Data mengenai penjualan tersebut dibuka pada 10 Oktober dan bidaan dijangka dilakukan pada awal November, kata BMO.-MalaysiaGazette