Home Dunia Pengebom letupkan diri di makam sufi

Pengebom letupkan diri di makam sufi

Polis melakukan kawalan ketat di kawasan makam sufi yang menjadi insiden pengebom bunuh diri daerah Jhal Magsi, Pakistan malam tadi.

QUETTA- Sekurang-kurangnya 13 orang dilaporkan maut manakala 20 lagi cedera dalam serangan pengebom berani mati di luar makam sufi di daerah Jhal Magsi, Pakistan malam tadi.

Terdapat juga mangsa yang dilaporkan kritikal dalam insiden yang berlaku bersempadanan dengan Iran dan Pakistan itu.

Jurucakap polis berkata, lelaki tidak dikenali itu secara tiba-tiba meletupkan diri di kawasan yang sesak dengan orang ramai yang keluar masuk ke makam tersebut.

“Kawasan agak sesak dengan orang ramai kerana sambutan Syed Cheesal Shah. Secara tiba-tiba pegebom bunuh diri ini meletupkan diri. Kita masih lagi siasat motif dan dalang sebalik insiden ini,” ujarnya. – MalaysiaGazette