ACCRA – Sebuah stesen gas asli di Accra, Ghana, meletup dan mengorbankan beberapa orang mangsa.
“Terdapat beberapa kematian dan kami sedang berusaha untuk mendapatkan jumlah itu. Ada juga yang cedera,” kata Timbalan Menteri Penerangan Kojo Oppong Nkrumah kepada sebuah stesen radio tempatan.
Bagaimanapun, katanya, kebakaran terkawal dan jumlah mangsa akan dimaklumkan.
Beberapa sakwa mendakwa terdapat empat atau lima mangsa yang maut dan beberapa mayat telah dikeluarkan daripada tempat kejadian.
Api yang marak dengan bebola api menyebabkan penduduk di kawasan sekitar melarikan diri bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. – MalaysiaGazette