Home Nasional Dua lagi reman anggota TLDM dilanjutkan

Dua lagi reman anggota TLDM dilanjutkan

MANJUNG – Dua lagi anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dilanjutkan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes bunuh di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan, minggu lalu.Perintah itu dikeluarkan oleh Majistret Ainul Bashirah Dona Don Biyajid membenarkan permohonan itu bermula esok sehingga 15 Oktober bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Kedua-dua suspek berusia 24 dan 31 tahun itu dibawa ke Mahkamah Majistret Seri Manjung di sini, selepas tempoh tahanan reman sebelum ini tamat, hari ini.

Semalam, reman tiga suspek berusia 29, 37 dan 44 tahun yang ditahan turut dilanjutkan tujuh hari lagi untuk siasatan mengikut seksyen yang sama.

Dalam kejadian itu, dua anggota TLDM yang ditahan di bilik tahanan berkenaan iaitu Laskar Kelas 1 Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28, dan Laskar Kelas 1 Muhammad Lailatuliman Mohd Sukri, 26, meninggal dunia akibat pendarahan paru-paru dipercayai akibat didera.

Selain itu, dua anggota lain yang cedera masing-masing berusia 30 tahun juga dipercayai didera di pusat tahanan sama kini dirawat di sebuah bilik khas di 96 Hospital Angkatan Tentera (HAT) Lumut. – MalaysiaGazette