Home Sukan Neymar mahu UEFA gantung Barcelona

Neymar mahu UEFA gantung Barcelona

Neymar

PARIS – Bintang Paris Saint Germain, Neymar mahu Barcelona disingkir daripada kempen Liga Juara-Juara Eropah.

Bekas penyerang Barcelona itu mahu Kesatuan Bola Sepak Eropah itu bertindak ke atas Barcelona selepas mendakwa kelab itu gagal melunaskan bayaran loyalti £23 juta.

Sebuah akhbar di Sepanyol mendakwa Neymar dinasihati oleh peguamnya untuk mengambil tindakan ekstrem ke atas Barcelona.

Neymar menyertai PSG dari Barcelona dengan pindahan rekod dunia £198 juta.

Namun UEFA dilaporkan menolak permintaan pemain antarabangsa Brazil itu tanpa sebarang pertimbangan sewajarnya.

Pengarah Barcelona, Raul Sanllehi yang menyumbang besar memawa Neymar ke Barcelona empat tahun lalu segera meninggalkan kelab tersebut sejurus Neymar berhijrah ke Ligue 1.

Raul didakwa kecewa dengan layanan kelab gergasi Barcelona itu sehingga Neymar meninggalkan Nou Camp musim lalu.

PSG juga dikatakan berdepan dilema dalam Liga Juara-Juara Eropah.

Kelab terkaya di Perancis itu dikatakan mungkin akan dipaksa menjual lapan pemainnya atau berdepan penyingkiran dari persaingan elit Eropah itu.

Kesemua ini didakwa berpunca akibat PSG melanggar peraturan Peraturan Kewangan atau FFP yag ditetapkan badan berkuasa bola sepak Eropah itu.

Rentetan itu, Angel di Maria, Javier Pastore, Blaise Matuidi, Lucas Moura, Julian Draxler, Hatem Ben Arfa dan Thiago Silva dijangka meninggalkan PSG menjelang Januari 2018 ini. – Malaysia Gazette