“Seorang pemimpin tidak seharusnya mempunyai cita-cita untuk memegang jawatan, ini boleh membuatkan mereka kecewa dan bila tidak terpilih boleh menyebabkan perpecahan parti.
Selangor diperintah kerajaan pakatan pembangkang yang diterajui Parti Keadilan Rakyat (PKR) sejak 2008.
Pada majlis itu, Noh yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, mengumumkan peruntukan RM300,000 bagi membaik pulih dan menaik taraf sistem pencegahan kebakaran di flat tersebut.
Beliau turut mengesa Jawatankuasa dan Persatuan Penduduk perumahan strata untuk menubuhkan komuniti bomba masing-masing.
“Ini sebagai langkah persediaan tambahan bagi mengelak tragedi, tambahan bomba komuniti ini berbeza daripada bomba sukarela. Bomba sukarela perlu berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS),” katanya. – MalaysiaGazette