Home Dunia Bot terbalik, dua Rohingya maut

Bot terbalik, dua Rohingya maut

Kaum wanita dan kanak-kanak Rohingya dalam sebuah bot yang digunakan untuk melarikan diri ke Bangladesh pada tahun lalu. foto Agensi

DHAKA – Sekurang-kurangnya dua maut selepas bot yang penuh dinaiki pelarian Rohingya terbalik dekat perairan Bangladesh.

Sejumlah mangsa dilaporkan masih hilang dalam kejadian yang berlaku di Sungai Naf lewat malam tadi.

Difahamkan kira-kira 100 orang berada dalam bot berkenaan termasuk kanak-kanak semasa kejadian.

Operasi mencari dan menyelamat sudah digerakkan.

Beribu-ribu warga Rohingya maut dalam usaha menyeberangi Bangladesh selepas berlaku pertempuran dengan tentera Myanmar di negeri Rakhine.

Keganasan di Rakhine meletus pada akhir Ogos lalu selepas pemberontak Rohingya dilaporkan menyerangkan pos kawalan hingga mencetuskan keganasan.

Lebih setengah juta warga Islam Rohingya telah melarikan diri ke Bangladesh sejak pertempuran dan keganasan berlaku. – MalaysiaGazette