Home Ekonomi ICAO tarik balik bendera merah Thailand

ICAO tarik balik bendera merah Thailand

BANGKOK – Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) telah menurunkan bendera merah terhadap Thailand berhubung isu keselamatan.

Lembaga Penerbangan Awam Thailand (CAAT) berkata, keputusan tersebut diambil ICAO dalam satu mesyuarat Jumaat lalu.

Keputusan tersebut membolehkan syarikat-syarikat penerbangan Thailand menambah laluan baharu selepas dihalang berbuat demikian sejak Jun 2015 walaupun masih dibenarkan untuk terbang ke destinasi sedia ada.

Pengumuman itu menyebabkan harga saham syarikat-syarikat penerbangan Thailand melonjak hari ini.-MalaysiaGazette