KUALA LUMPUR – Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti (MSWG) menggesa Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) memuktamadkan status Datuk Zakaria Arshad, sama ada beliau masih Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat tersebut atau sebaliknya.
Dalam bulletinnya, The Observer, MSWG mempersoalkan tindakan FGV yang masih belum membuat sebarang pengumuman berhubung keputusan inkuiri bebas dalaman yang dijalankan terhadap empat pegawai kanannya.
“Status Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan sudah jelas sekarang dan kami berharap supaya kedudukan presiden dan CEO disahkan secepat mungkin kerana pengumuman hasil siasatan dalaman juga telah tertangguh selama beberapa minggu,” katanya.
Komen dibuat MSWG itu susulan kemasukan semula Ahmad Tifli Mohd. Talha sebagai Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan bermula hari ini.
Pada masa sama, dua pengurusan kanan anak syarikatnya iaitu Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products, Kamarzaman Karim dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar. – MalaysiaGazette