Home Ekonomi Harga ’emas hitam’ stabil

Harga ’emas hitam’ stabil

SINGAPURA – Harga minyak stabil dalam dagangan hari ini dengan minyak mentah Amerika Syarikat melepasi AS$ 50 setong selepas kenaikan dua peratus pada hari sebelumnya.

Ia menunjukkan tanda-tanda bahawa pasaran secara beransur-ansur dikawal ketat selepas beberapa tahun mengalami lebihan bekalan.

Niaga hadapan mentah West Texas Intermediate (WTI) diniagakan pada AS$50.96 setong pada 0043 GMT, naik AS$0.04.

Harga minyak Brent pula hampir tidak berubah kepada AS$56.60.

Para pedagang berkata, mereka akan melihat data inventori minyak Amerika Syarikat pada hari Rabu dan Khamis untuk hala tuju harga.

Institut Petroleum Amerika dijadual mengeluarkan data pada hari Rabu dan Agensi Tenaga Amerika Syarikat pada Khamis.

Para analisis pula menyatakan situasi jangka pendek dikawal.

“Kami menaikkan unjurkan harga Brent untuk suku pertama tahun 2018 sebanyak AS$5 kepada AS$56 setong.

“Inventori kemungkinan akan menyebabkan pasaran fokus semula risiko geopolitik dan tahap rendah kapasiti,” kata Bank Barclays.

Sokongan harga juga dari pertumbuhan ekonomi dunia yang diramal meningkat kepada 3.6 peratus tahun ini dan 3.7 peratus tahun 2018.

Purata harga Brent setakat ini AS$52.7 setong tahun ini. Menjelang akhir tahun ini, Barclays menjangkakan Brent akan berada pada sekitar AS$53 setong.

Namun, Barclays meramalkan harga emas hitam itu susut pada tahun suku kedua 2018 dengan AS$48 setong dipacu oleh peningkatan pengeluaran global. – MalaysiaGazette