MANCHESTER – Bintang anchester United, Paul Pogba memberi khabar gembira menjelang perlawanan menentang Liverpool pada Sabtu ini.
Pemain tengah itu memberi perkembangan positif mengenai kecederaan yang dialami menerusi video di Instagram miliknya.
Dalam video itu, Pogba dilihat sedang giat meningkatkan tahap stamina dan kemungkinan mampu beraksi pada perlawanan penting itu.
Peminat Liga Perdana Inggeris berpendapat tindakan Pogba yang semakin pulih pasti menyebabkan tuan rumah pening kepala selepas kehilangan Sadio Mane selama enam minggu.
Poba terpaksa ditepikan selepas mengalami kecederaan ketika membantu United menewaskan Basel dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah.
Liverpool sebelum ini gagal merekodkan kemenangan dalam enam perlawanan menentang United.
United dijangka mampu menewaskan Liverpool di gelanggang lawan berdasarkan prestasi semasa ketika ini. – MalaysiaGazette