Home Sukan Real sudah bosan dengan Bale

Real sudah bosan dengan Bale

Gareth Bale

MADRID – Real Madrid dilaporkan semakin hilang sabar dengan masalah kecederaan Gareth Bale dan mahu menjual bintang Wales itu.

Gergasi La Liga itu dikatakan menetap harga yang sama ketika Bale dibeli pada 2013 iaitu £86 juta (RM479.35 juta).

Bale menyertai Santiago Bernabeu selepas perpindahan daripada Tottenham.

Bagaimanapun, sejak musim lalu dia berdepan nasib malang  akibat kecederaan yang dialaminya.

Pemain berusia 28 tahun itu kini bergelut dengan masalah yang dihadapi pada betis kiri sehingga  dia terlepas dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 untuk bertemu dengan Georgia dan Republik Ireland.

Berita itu mungkin membuatkan pengurus Manchester United, Jose Mourinho berfikir dua kali kerana dia menggemari pemain sayap itu dan berharap dapat membawanya ke Old Trafford sebelum ini.

Kelab gergasi Liga Perdana itu dikaitkan dengan perpindahan Bale pada musim panas lepas tetapi pemain itu memilih kekal untuk berada di Sepanyol. – MalaysiaGazette