Home Sukan Selepas Robben, pemain Chile pula gantung but

Selepas Robben, pemain Chile pula gantung but

Arturo Vidal bakal menggantung boot dari karier antarabangsa selepas Chile gagal layak ke Rusia 2018 malam tadi.The Sun

CHILE – Arturo Vidal nampaknya membuat keputusan bersara dari bola sepak antarabangsa berikutan kegagalan Chile mara ke kejohanan Piala Dunia Rusia 2018 malam tadi.

Isyarat itu hadir apabila pemain berusia 30 tahun itu berkomen seumpama dalam laman Instagram peribadinya.

Bintang Bayern Munich itu merupakan pemain kedua Bayern yang akan menggantung but dari karier antarabangsa selepas aksi kelayakan terakhir Rusia 2018 semalam.

Malam tadi pemain Belanda, Arjen Robben mengumumkan persaraan dari pasukan kebangsaannya kegagalan Oranje mara ke Rusia 2018 kali ini.

Vidal melakukan 98 penampilan bersama Chile di pentas bola sepak antarabangsa selama ini.

Chile dibelasah 3-0 oleh juara lima kali temasya itu, Brazil semalam.

Argentina dari kumpulan sama menundukkan Ecuzdor 3-1 untuk menempah tiket ke Rusia 2018 sekaligus menggagalkan peluang Chile.

Selain Vidal, jurulatih kebangsaannya, Juan Antonio Pizzi juga memberi bayangan akan meletakkan jawatan selepas hanya mampu membawa pasukan menamatkan pusingan kelayakan di tempat keenam di peringkat kumpulan zon Amerika Selatan.

Vidal dalam ruang Instagramnya, mengucapkan terima kasih atas segala-galanya selama beberapa tahun ini, sentiasa mentyokong setiap aksi kami bersama dan mendidik pasukan kami mengenai semangat juang yang tinggi.

Vidal juga menjaring sebanyak 23 gol untuk Chile di pentas antarabangsa. – MalaysiaGazette