GENEVA – Pemain kebangsaan Portugal, Luis Figo telah dilantik sebagai penasihat bola sepak untuk Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA).
Persatuan itu dalam satu kenyataan berkata, Figo menyertai beberapa bekas pemain profesional seperti Nadine Kessler dan Dejan Stankovic.
Mereka diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab tersebut awal tahun ini dan akan bekerja dengan Presiden UEFA, Aleksander Ceferin di bawah Jabatan Bola Sepak.
Jabatan itu akan bertanggungjawab terhadap aspek teknikal, undang-undang perlawanan dan daya tarikan keseluruhan sukan itu.
“Saya amat bernasib baik kerana mendapat banyak pengalaman dan saya percaya saya boleh memberi pengaruh positif dalam menyampaikan ilmu yang saya ada.
“Bola sepak terus berkembang. Saya ada peluang istimewa terlibat dengan UEFA dan ingin mengucapkan terima kasih kepada Aleksander Ceferin kerana memberikan saya peluang ini,” kata Figo. – MalaysiaGazette