Home Politik Pemuda UMNO cabar Syed Saddiq buat laporan SPRM

Pemuda UMNO cabar Syed Saddiq buat laporan SPRM

Shaiful Hazizy

ALOR SETAR – Pergerakan Pemuda UMNO Kedah cabar Syed Saddiq Abdul Rahman untuk menghabiskan drama atau pun jalan cerita yang dimulakan oleh beliau sendiri baru-baru ini.

Ketuanya, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, tuduhan ada pihak cuba membelinya dan keluarganya diancam amat serius dan pihak-pihak terbabit perlu didedahkan dengan kadar segera.

“Apa yang perlu dilakukan oleh beliau adalah dengan segera melaporkan pertuduhan ini kepada pihak SPRM dan kebenaran dapat didedahkan akhirnya. Sehingga kini beliau belum membuat laporan kepada SPRM kononnya beliau telah ditawarkan RM5 juta,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Shaiful Hazizy, pihaknya juga tertarik kepada pendedahan yang telah dibuat oleh Ketua Armada PPBM itu mengenai wujudnya “rangkaian dedak sistematik” yang bertindak membeli dan merasuah beberapa pemimpin PPBM dan mengaitkan rangkaian itu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Pemuda UMNO Kedah masih menunggu tindakan Syed Saddiq untuk membuktikan setiap pertuduhan yang beliau buat. Beliau tidak perlu semata-mata lantang dan meninggikan suara didalam sidang akhbar yang “hambar” tapi perlu membuat pembuktian terhadap setiap pertuduhan yg telah dibuat,” tegasnya lagi.

Pemuda UMNO Kedah juga hairan kenapa pemimpin PPBM yang dilihat tidak membela ataupun mendokong pendedahan yang dibuat Syed Saddiq.

“Pemuda UMNO Kedah musykil dengan kehilangan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan timbalannya, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir yaneg dilihat tidak sama sekali menyokong ataupun setidak-tidak hadir memberi sokongan kepada Syed Saddiq,” ujar Shaiful Hazizy.- MalaysiaGazette