SEOUL – Ketua Pegawai Eksekutif Samsung Electronics, Kwon Oh-hyun melepaskan jawatan – suatu tindakan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Peletakan jawatan itu dilihat sebagai pergolakan pengurusan terkini di firma itu selepas pewaris Kumpulan Samsung telah dipenjarakan kerana rasuah pada Ogos lalu.
Kwon adalah salah seorang daripada tiga ketua eksekutif bersama Samsung Electronics.
Peletakan jawatan Kwon dibuat pada hari yang sama firma itu diramalkan mencatat keuntungan suku tahunan dipacu oleh kenaikan harga cip memori.
Kwon berkata, keputusan itu dibuat selepas beberapa lama memikirkannya boleh tidak lagi ditangguhkan.
“Ketika ini kami berhadapan dengan krisis yang belum pernah terjadi sebelumnya, saya percaya masa sudah tiba untuk syarikat itu bermula dengan baru, dengan semangat baru dan kepemimpinan muda untuk lebih baik menghadapi cabaran dalam industri IT yang pesat berubah,” katanya dalam satu kenyataan.
Namun, Kwon akan kekal sebagai lembaga Samsung Electronics sehingga Mac 2018. – MalaysiaGazette