SUZUKA – Pelumba Malaysia, Hafizh Syahrin menaiki podium apabila menduduki tempat ketiga Moto2 pada perlumbaan 2017 Motul GP of Japan 2017 di Litar Motegi.
Dengan corak tunggangan bersemangat beliau pada satu ketika yang berada pada kedudukan kelima berjaya memintas dua lagi pelumba untuk memastikan podium miliknya ketika perlumbaan berbaki kurang 10 pusingan.
Ini merupakan podium kedua dalam tiga perlumbaan terakhir buat penunggang dari pasukan Petronas Raceline.
Perlumbaan di Jepun ini menyaksikan persaingan dua pununggang Sepanyol Alex Marquez dan Xavi Vierge yang akhirnya dimenangi Marquez.
Marquez dari pasukan Marc VDS berjaya merampas kedudukan pendahulu daripada Vierge dari Tech 3 Racing ketika perlumbaan berbaki lima pusingan dalam keadaan litar basah. – MalaysiaGazette