Home Sukan Pat Perez juarai CIMB Classic 2017

Pat Perez juarai CIMB Classic 2017

Pemain golf dari Amerika Syarikat, Pat Perez menjulang trofi selepas menjuarai pertandingan Golf CIMB Classic 2017 di Tournament Players Club (TPC), Kelab Golf Bukit Kiara, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 15 OKTOBER 2017.

KUALA LUMPURĀ – Pemain golf Amerika Syarikat (AS), Pat Perez muncul juara dalam kejohanan golf CIMB Classic 2017 yang berakhir hari ini di Tournament Players Club (TPC) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Perez, 41, meraih hadiah wang tunai sebanyak AS$1.26 juta (RM5.3 juta) daripada hadiah keseluruhan AS$7 juta (RM28.51 juta) yang ditawarkan dalam kejohanan itu.

Pemain dari Arizona itu berjaya menewaskan kesemua 79 pemain lain dengan 69 pukulan, tiga di bawah par dengan mengumpul 264 pukulan, 24 di bawah par secara keseluruhan.

Selain hadiah wang tunai, Perez turut membawa pulang piala kejohanan Piala FedEX Jelajah PGA yang disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang meluangkan lebih dua jam dalam kejohanan itu.

Hadir sama Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB Group, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sapura Enegry, Tan Sri Shahril Shamsuddin serta Pengerusi PGA Malaysia, Zainal Abidin.

Terdahulu, Perez merampas kedudukan pendahulu kejohanan golf CIMB Classic 2017 selepas empat pukulan mengatasi pemain senegaranya, Xander Schauffele.

Dalam kejohanan itu, pemain dari Amerika Syarikat, Keegan Bradley hanya berpuas hati di tempat kedua manakala Xander Schauffele hanya memenangi tempat ketiga. – MalaysiaGazette.