Home Ekonomi PIDM tidak pernah minta bayaran orang ramai

PIDM tidak pernah minta bayaran orang ramai

KUALA LUMPUR – Orang ramai diingatkan agar tidak melayani sebarang permintaan pembayaran atau pindahan wang bagi bagi tujuan membayar perlindungan yang disediakan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM).

Ketua Pegawai Eksekutif PIDM, Rafiz Azuan Abdullah berkata, perlindungan yang disediakan kepada pendeposit, pemilik sijil takaful dan polisi insurans adalah secara automatik.

“PIDM tidak meminta sebarang bayaran daripada orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, PIDM telah dimaklumkan mengenai insiden baru-baru ini di mana orang awam telah dihubungi pihak yang kononnya mewakili pelbagai organisasi meminta bayaran bagi perlindungan yang disediakan agensi kerajaan itu.

Untuk mendapatkan penjelasan, orang ramai boleh menghubungi pusat panggilan PIDM di talian 1800-88-1266 atau e-mel kepada [email protected]. – MalaysiaGazette