Home Politik Puteri tidak akan terjebak rasuah – Mas Ermieyati

Puteri tidak akan terjebak rasuah – Mas Ermieyati

Datuk Wira Mas Ermiyatie Samsudin.

KUALA LUMPUR – “Saya kenal hati budi ahli Puteri UMNO dan saya yakin tidak akan ada seorang pun yang akan didakwa oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai mana jauh sekali akan ditangkap atas tuduhan rasuah,”.

Itu pendirian tegas Ketua Puteri UMNO, Datuk Wira Mas Ermiyatie Samsudin ketika diajukan soalan berikutan desas desus yang mengatakan terdapat ahli Puteri yang sudah di dalam senarai SPRM untuk tujuan siasatan.

Tegasnya, semua ahli Puteri UMNO telah dididik dari awal agar tidak terjebak dalam gejala rasuah, sebaliknya menjalankan tanggungjawab terhadap parti dengan hati yang tulus dan ikhlas.

“Setakat hari ini, saya berani beri jaminan bahawa Puteri UMNO bebas daripada gejala rasuah namun sekiranya benar ada ahli yang akan di siasat SPRM, itu tidak semestinya ahli terbabit bersalah.

“Mereka mungkin dipanggil untuk membantu siasatan dan bukan bermakna mereka terlibat dalam kes rasuah yang dibabitkan.

“InsyaAllah, saya berkeyakinan penuh terhadap semua ahli Puteri UMNO di seluruh negara yang tidak akan sama sekali membuat kerja-kerja yang boleh menjejaskan nama baik parti,” katanya.

Mas Ermiyatie ditemui ketika hadir pada majlis perhimpunan Puteri UMNO Negeri Sembilan untuk menyampaikan amanat Pilihan Raya Umum ke 14 di Seremban semalam.

Katanya lagi, intergriti Puteri sentiasa berada pada terbaik sebagai jentera Barisan Nasional dan menolak apa juga unsur negatif demi menjaga nama baik parti.

“Biar pun kita tidak kaya tetapi kami masih boleh bekerja untuk parti tanpa memikirkan imbuhan dan sebagainya.

“Apa pun orang nak kata tentang Puteri UMNO, itu hak mereka kerana apa yang pasti, kami ada pendirian dalam hidup iaitu iklhlas dan jujur menjalankan amanat yang diberi oleh pucuk pimpinan parti,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Comments are closed.