Home Seni Hidup Suami ‘ceroboh’ rumah Ezlynn?

Suami ‘ceroboh’ rumah Ezlynn?

Foto Instagram Ezlynn.

KUALA LUMPUR – Kediaman penyanyi Ezlynn, 38, didakwa diceroboh oleh suaminya sendiri iaitu Adam Fahmy Shamsudin, 38, semalam.

Ezlynn turut memuat naik foto keadaan rumahnya di laman sosial Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, Ezlynn turut mendedahkan dia telah menanggung semua hutang-hutang suaminya selama ini.

I came home to this?!! What the hell is this.. my home no gate anymore.. what the hell happened to the gate!! Barang hilang lagi.. kena rompak aku kerja hari2 penat Cari duit kau amik semua duit aku!! Now barang2 semua kau amik kau rosakan Rumah .. kau buat hutang aku tanggung semua.. aku diam kau naik kepala.. kau memang jahat!! Suami tak guna .. kawan tak guna ,manager tak guna.. menyesal aku kenal kau Seumur hidup aku.. hutang tak mau bayar asik bercuti je.. kerja tak mau.. ya Allah kau perdgr kanlah hati aku ini ya Allah .. dgr kan doaku ya Allah… tidak ku halal Kan setitik pun keringat aku yang sesen pun duit aku yang kau amik.. kau ada lah manusia yang paling jahat yang pernah aku kenal,” luah Ezlynn.

Sebelum ini, rumah tangga pasangan suami isteri ini dilanda konflik sehingga memaksa Ezlynn memfailkan permohonan cerai cara baik terhadap suaminya mengikut Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1984, pada 20 April lalu.

Bagaimanapun Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur menetapkan 23 Oktober depan untuk laporan hakam berhubung kes perceraian mereka selepas kedua-dua pihak tetap mahu meneruskan perceraian walaupun selepas melalui proses timbang tara.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 20 November 2011 dan tidak dikurniakan cahaya mata.