VALETTA – Seorang blogger terkenal di Malta yang mendakwa kerajaan negara itu rasuah maut dalam serangan bom kereta.
Daphne Caruana Galizia, 53, dilaporkan terbunuh apabila kereta yang dipandunya meletup tidak lama selepas dia meninggalkan rumahnya di Bidnija, berhampiran Mosta.
Media tempatan mengatakan salah seorang daripada anaknya mendengar letupan itu dan bergegas ke luar.
Perdana Menteri, Joseph Muscat, yang didakwa Galizia melakukan salah laku itu pada awal tahun ini mengumumkan pembunuhan itu.
“Saya mengutuk serangan ganas ini terhadap individu dan kebebasan bersuara di negara kita. Semua orang tahu Caruana Galizia adalah seorang pengkritik saya, baik secara politik dan peribadi kerana dia juga seperti orang lain,” katanya dalam kenyataan televisyen.
Muscat menegaskan beliau akan memberi keadilan terhadap pihak yang terlibat dalam serangan itu.
“Saya tidak akan berehat sebelum keadilan dilakukan,” ujarnya.
Stesen televisyen Malta melaporkan Galizia telah memfailkan aduan kepada polis dua minggu lalu bahawa dia telah menerima ancaman tetapi tidak memberikan maklumat lanjut.
Polis telah membuka siasatan pembunuhan.
Tragedi itu berlaku selepas empat bulan Parti Buruh yang dipimpin Muscat memenangi pilihan raya yang dilaksanakan lebih awal selepas Galizia mendakwa Perdana Menteri dan isterinya terlibat dalam skandal Panama Papers.
Pasangan itu menafikan dakwaan mereka telah menggunakan akaun bank luar pesisir untuk menyembunyikan pembayaran daripada keluarga pemerintah Azerbaijan.
Blogger popular itu juga mensasarkan ahli politik pembangkang yang didakwa semakin “terdesak” dalam posting terakhirnya. – MalaysiaGazette