Home Nasional KPN nafi pengganas Daesh Bangladesh terlepas

KPN nafi pengganas Daesh Bangladesh terlepas

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menganggap dakwaan pengganas Daesh dari Bangladesh hilang semasa proses pengusiran adalah bersifat tohmahan.

“Tohmahan itu tidak betul, proses pengusiran dibuat bersama dengan pihak berkuasa Bangladesh.

“Pengusiran pun bila kita dapat arahan mahkamah. Kita berurusan dengan pihak Imigresen dan Kedutaan Bangladesh,” jelas Fuzi.

Pada Ahad lalu, akhbar Dhaka Tribune, melaporkan Golam Rabbani, yang diusir imigresin Malaysia pada awal tahun ini kerana didakwa mempunyai hubungan dengan kumpulan militan masih tidak dapat dikesan sejak 19 Julai lalu.

Individu berkenaan pulang menaikki pesawat Malido Air bersama pegawai dan pihak keselamatan Bangladesh.

Ujarnya tidak timbul isu terlepas kerana pesawat tidak transit, sebaliknya penerbangan secara terus.

Individu berkenaan ditahan Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kerana disyaki merancang serangan semasa Sukan Sea ke-29 Kuala Lumpur dan sambutan Hari Kebangsaan ke-60.

Lelaki berusia 25 tahun itu bekerja sebagai guru sementara di sebuah sekolah Maahad Tahfiz di Gombak, Selangor.

Dia dikesan masuk ke Malaysia pada 4 September tahun lalu untuk menyambung pengajian di sebuah institusi pengajian awam (IPTA). – Malaysia Gazette