Home Sukan Lovren bidas Lukaku

Lovren bidas Lukaku

Foto BBC Sports.

LONDON – Pemain pertahanan Liverpool, Dejan Lovren membidas Romelu Lukaku kerana mendakwa penyerang Manchester United itu mengasarinya dengan niat pada perlawanan hujung minggu lalu di Anfield.

“Saya membuat bentesan dan dia telah mengasari saya. Sepatutnya dia boleh pergi dan tidak bertindak balas.

“Pandangan saya yang jujur adalah dia sengaja melakukannya dengan niat,” katanya kepada BBC Sport.

Lovren turut mengakui dia kelihatan gementar pada perlawanan itu.

“Biasanya jika anda melakukannya, anda memohon maaf. Bukan keputusan saya. Ia berlaku dan sudah berakhir. Tiada siapa yang boleh mengubahnya,” katanya kesal.

Sementara itu, insiden berkenaan tidak diambil tindakan di hadapan pengadil yang menyebabkan Lukaku tidak akan menerima sebarang tindakan dari FA. – MalaysiaGazette