Home Utama Militan warga Malaysia dipercayai terbunuh di Marawi

Militan warga Malaysia dipercayai terbunuh di Marawi

MARAWI – Seorang militan utama warga Malaysia, Dr. Mahmud Ahmad,  dipercayai antara 13 anggota kumpulan Islamic Statet (IS) yang terbunuh dalam pertempuran malam semalam di Marawi, kata tentera Filipina.

Mejar Jeneral, Restituto Padilla berkata, para pegawai sedang mencari mayat bagi membuat pengesahan, lapor The Associated Press.

Padilla berkata, seramai enam anggota tentera tercedera manakala dua orang awam, seorang wanita dan anaknya, diselamatkan pada pagi ini.

Kemaraan tentera dan pertempuran telah memberi harapan kepada penduduk yang kehilangan tempat tinggal untuk pulang ke kediaman masing-masing selepas lima bulan apabila tentera memulakan serangan.

Pada Isnin lalu, para pegawai pertahanan berkata, dua pemimpin militan, yang paling dikehendaki Isnilon Hapilon dan Omarkhayam Maute, terbunuh dalam satu pertempuran. – Agensi

Comments are closed.