KUALA LUMPUR – Pihak yang menabur fitnah terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan SRI Dzulkifli Ahmad dicabar untuk membuat laporan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Menteri Pelancongan dan kebudayaan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata, pihak berkenaan harus bertangungjawab untuk melaporkan salah laku berkenaan kepada pihak berkuasa dan bukannya menggunakan media sosial sebagai alat mereka.
“Kalau tuduhan itu serius, bukti sudah ada mengapa ditularkan. Kalau mereka serius, pergi buat laporan polis dan ikut perundangan.
“Kalau buat begini, kita akan memalukan seseorang yang mana belum tentu fakta itu benar atau tidak,” katanya dalam satu sidang media hari ini.
Nazri berkata demikian setelah melancarkan ‘Kad Kembara Lawatan Kuala Lumpur’ di Pasar Seni hari ini.
Menjelas lanjut, Nazri berkata perbuatan itu jelas untuk menjatuhkan maruah seseorang terutama pegawai tertinggi SPRM yang banyak menyiasat kes-kes melibatkan rasuah di negara ini.
Justeru beliau menasihatkan agar mana-mana pegawai dan kakitangan badan siasatan itu tidak tunduk kepada tuduhan sebegini.
“Pada saya kalau ada sesuatu ikut prosedur yang betul. Bukan buat begitu, kerana marah kepada SPRM buat dia begitu.
“Dia (Tan Sri Dzulkifli Ahmad) buat kerja dia, biarlah dia buat kerja. Pada saya kalau tukar begitu, maka pihak yang berbuat demikian tidak serius. Simpan bukti yang ada.
“Selagi tidak ada laporan (polis) persetankan tuduhan itu,” katanya lagi.
Ditanya samada tuduhan itu adalah untuk menutup mulut SPRM berhubung rasuah, ujarnya tuduhan itu membukitkan bahawa SPRM cemerlang dalam menjalankan tugasnya membanteras rasuah di negara ini sehingga ada pihak yang cuba untuk berbuat demikian.
“Kita kena sokong SPRM, bantu mereka di mana yang boleh untuk memudahkan mereka menjalankan kerja, bukan meletakan halangan,” ujar beliau.
Sebelum ini Dzulkifli berkata, beliau tidak akan tunduk terhadap serangan berbentuk peribadi dan tetap tekad untuk terus memerangi rasuah di negara ini.
Beliau berkata demikian setelah tular beberapa video mengatakan beliau terbabit dalam hubungan sulit dengan isteri orang. -MalaysiaGazette
bayar sikit kat pompuan tu suruh mengaku ok lah. gambar orang lain pun bolih jadi betul