Home Politik Apa dosa saya pada Celcom? – Salahuddin

Apa dosa saya pada Celcom? – Salahuddin

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara, Salahuddin Ayub. foto FAREEZ FADZIL, 3 OKTOBER 2017
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara, Salahuddin Ayub. foto FAREEZ FADZIL, 3 OKTOBER 2017

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Parti Amanah Negara, Salahuddin Ayub mendakwa nombor telefon bimbitnya telah dikhianati kerana ramai orang mengadu menerima SMS kata-kata perkauman dan hasutan daripadanya selepas PRU-13 lagi.

Justeru, beliau telah membuat  laporan polis dan aduan ke pihak Celcom namun kecewa selepas itu kerana  telefonnya sukar menerima panggilan daripada rakan-rakannya dan membuat panggilan.

“Apabila aduan dibuat kepada Celcom alasan yang biasa diberikan adalah isu Celcom sedang menaik taraf sistem untuk merpertingkatkan mutu perkhidmatan.

“Pagi tadi isteri saya membuat panggilan kepada saya tetapi seorang wanita India menjawab dan menyatakan bahawa dia adalah pengguna Celcom yang menggunakan nombor yang sama dengan saya.

“Dalam minggu ini sahaja saya menerima banyak aduan dari rakan-rakan mengatakan wanita India menjawab telefon saya. Wanita India ini mendakwa Celcom telah memberikan nombor ini sebulan yang lalu,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Salahudin mendakwa sudah menjadi pelanggan setia Celcom sejak 1997 dan tidak tahu apa dosanya kepada Celcom sehingga saya terpaksa menghadapi kesukaran seperti sekarang.

“Bukan sekali dua saya membuat aduan kepada Celcom. Tidak ada seorangpun dari pihak pengurusan atau perhubungan awam Celcom yang cuba berkongsi kesukaran saya. Adakah ini budaya korporat Celcom dan balasan kesetiaan saya sebagai pengguna perkhidmatan Celcom?” soalnya.- MalaysiaGazette

Comments are closed.