Home Dunia Maharaja Akihito turun takhta akhir 2019

Maharaja Akihito turun takhta akhir 2019

Maharaja Akihito

TOKYO – Maharaja Akihito dipercayai akan turun takhta pada akhir 2019 Mac dan Putera Mahkota Naruhito, 57, dijangka menggantikan beliau pada bulan April, menurut laporan media Asahi.

Jika ia berlaku, peristiwa itu adalah kali pertama berlaku dalam sejarah monarki Jepun dalam tempoh hampir dua abad.

Ahikito, 83, yang telah menjalani pembedahan jantung dan sedang menjalani rawatan kanser prostat dalam ucapan awam pada tahun lepas berkata, beliau bimbang sukar untuk melaksanakan tugasnya.

Kerajaan dikatakan dalam peringkat akhir untuk menyusun jadual peralihan kuasa.

Jadual tersebut dijangka mengurangkan kesan ke atas perubahan dalam pemeritahan diraja baharu dari era Heisei yang bermula pada tahun 1989 selepas kematian bapa Hirohito.

Selain itu, Imperial Household Agency – agensi kerajaan yang mengendalikan Istana Jepun mahu peralihan berlaku pada musim bunga 2019 kerana banyak acara ritual dijadualkan untuk keluarga diraja pada musim gugur dan musim sejuk, kata laporan itu. – MalaysiaGazette