KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri meminta Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengemukakan bukti dakwaan kegiatan perjudian haram dan semua aktiviti tidak bermoral di negara ini didalangi oleh sembilan ketua digelar ‘dragon’ selain mengutip hasil RM5 bilion sebulan.
Timbalan Menterinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, pihaknya akan menyiasat dan mengambil tindakan sekiranya terbukti dakwaan itu benar.
Nadzim turut mendakwa sembilan ‘dragon’ itu mempunyai ‘kuasa’ dalam agensi penguat kuasa di negara ini selain mampu menukarkan penguat kuasa yang dirasakan mengganggu-gugat kegiatan mereka dalam tempoh 24 jam.- MalaysiaGazette