PULAU PINANG – Lebih 15 pekerja di tapak binaan sebuah projek di Tanjung Bungah di sini dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.50 pagi tadi, kesemua mereka sedang bekerja di tapak pembinaan berhampiran lereng bukit sebelum ditimpa tanah runtuh dari kecerunan kira-kira 10 meter.
Jurucakap Bomba dan Penyelamat negeri berkata, setakat ini dua mangsa sudah dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dan usaha menyelamat sedang giat dijalankan. – MalaysiaGazette