Home Seni Hidup Lebih 150 menu stimbot, harga hanya RM50

Lebih 150 menu stimbot, harga hanya RM50

Pak John Steamboat &; BBQ (Pak John) terletak di eCurve, Mutiara Damansara.

KUALA LUMPUR – Jika anda tiba-tiba teringin menjamah stimbot dan gril, apa kata singgah di Pak John Steamboat & BBQ (Pak John) yang terletak di eCurve, Mutiara Damansara. Sampai di sana, makanlah sepuas-puasnya sampai kenyang.

Dengan harga hanya RM50 untuk dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak, pelanggan boleh memilih pelbagai hidangan yang sedap dan menyelerakan.

Ikutlah selera anda, sama ada hendak kuah sup yang terdiri daripada lima jenis perasa atau panggang. Tapi jangan pening kepala kerana pengunjung perlu memilih lebih 150 menu.

Bagi memangggang, pelanggan boleh menggunakan marjerin atau bawang putih bagi menaikkan lagi perisa daging, ayam atau makanan laut yang dipanggang itu.

Dengan harga hanya RM50 untuk dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak, pelanggan boleh memilih pelbagai hidangan yang sedap dan menyelerakan.

Lebih menarik pelanggan boleh memilih 14 jenis sos pelbagai perasa sama ada pedas, manis, masin, masam atau gabungan masam, masin dan manis yang semuanya dibuat sendiri.

Pengarah Operasi Pak John, CS Chong berkata, restoran itu dibuka setiap hari bermula pukul 11 pagi hingga 10 malam pada hari biasa dan 10 pagi hingga 10 malam pada hujung minggu.

“Kebanyakan pelanggan datang selepas waktu bekerja pada hari biasa manakala hujung minggu akan dipenuhi pelanggan yang datang bersama keluarga.

“Ramai yang datang di sini kerana terdapat banyak pilihan makanan dengan harga yang berpatutan.

“Kami juga menyediakan pelbagai jenis nasi goreng, spaghetti bihun goreng dan cucur jagung ketam sebagai menu utama,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette baru-baru ini.

Pak John juga menawarkan menu kepingan daging seperti ayam, itik, kambing dan abalone yang disediakan di kaunter khas.

Chong menambah, keistimewaan Pak John juga kerana menawarkan menu kepingan daging seperti ayam, itik, kambing dan abalone yang disediakan di kaunter khas dan memintanya dengan chef.

Malah, restoran itu juga menyediakan dim sum selain pencuci mulur seperi wafel, 8 perisa ais krim, cendol santan serta minuman sejuk dan panas.

“Selain terdapat daging-daging yang diperap dengan rempah juga untuk dipanggang, kami juga menyediakan buah-buahan segar bagi memberi kepuasan kepada pelanggan.

“Cuma nasihat saya kepada pelanggan agar bijak menikmati menu stimbot dan panggang. Jangan makan banyak sekaligus namun ikut kaedah seperti makan sup terlebih dahulu sambil masak sayuran dan kemudiannya baru memanggang daging dan makanan laut sebelum mencuba makanan utama,” katanya tersenyum.

Mengenai perancangn Pak John pada masa akan datang, Chong memberitahu, restoran kedua akan dibuka di IOI City Mall di Serdang pada Disember ini.

Pak John dibuka sejak 2014 dan restoran itu mampu memuatkan pengunjung seramai 200 orang dalam satu masa.

Sementara itu, orang ramai yang ingin menikmati menu stimbot dan panggang di Pak John, digalakkan membuat tempahan dahulu di talian 012-7050684 atau 03-77333913. – MalaysiaGazette

Dim sum.