KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe yang memenangi pilihan raya negara itu semalam.
“Tahniah atas kemenangan Abe Shizo. Semoga dapat memperkukuhkan kerjasama rapat antara kedua-dua negara,” kata Perdana Menteri menerusi Twitter beliau.
Abe yang mewakili Parti Demokratik Liberal (LDP) mendapat mandat kukuh selepas memenangi dua pertiga undi atau 311 daripada 465 kerusi parlimen.
Kemenangan itu menjadikan Abe pemimpin paling lama berkhidmat di Jepun. – MalaysiaGazette