KOTA KINABALU – Tempoh tahanan reman bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana pembangunan luar bandar Sabah yang dianggarkan sebanyak RM1.5 bilion dilanjutkan empat hari lagi.
Majistret Cindy Mc Juce Balitus membuat keputusan berkenaan selepas mendengar permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang diwakili Pegawai Pendakwanya, Rustam Anip, Rozanna Abdul Hadi dan Faliq Basiruddin.
Rustam ketika ditemui pemberita berkata, SPRM memohon supaya tempoh tahanan reman Shafie dilanjutkan tujuh hari namun mahkamah cuma membenarkan empat hari. – MalaysiaGazette