Home Seni Hidup Emma Maembong sahkan putus dengan Kamal Adli

Emma Maembong sahkan putus dengan Kamal Adli

12794481_10154163348730827_8036189049947391543_n-640x640
Kamal Adli dan Emma Maembong.

KUALA LUMPUR – Pelakon, Emma Maembong mengesahkan hubungan cintanya dengan Kamal Adli sudah berakhir.

Memetik laporan sebuah laman portal, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Embong, 25, tidak menolak dakwaan pelakon Zahirah Macwilson menjadi punca keretakan hubungan cintanya bersama Kamal.

“Rasanya cukuplah sampai di sini. Saya tidak mahu memanjangkan lagi perkara ini kerana tidak mahu disalah erti oleh mana-mana pihak. Malah, ada yang menganggap saya cemburu buta.

“Sebagai pelakon, semestinya saya memahami kerjaya sebagai anak seni. Bagi saya, ‘chemistry’ (keserasian) yang tercipta antara pelakon, habis sebaik saja kamera dipadamkan dan tidak harus berpanjangan hingga ke luar lokasi.

“Kalau betul kemesraan di tunjukkan atas urusan kerja, kenapa perlu sorok seperti menyembunyikan sesuatu? Saya tidak boleh bersama dengan orang yang menipu dan kemudian menuding jari supaya kesalahan diletak pada bahu orang lain,” katanya seperti dilaporkan.

Sebelum ini, hubungan kedua-dua selebriti itu ibarat retak menanti belah ekoran wujudnya campur tangan orang ketiga.

Memilih enggan berterus-terang mengenai hubungan cintanya dengan Kamal sejak tiga tahun lalu, pelakon kelahiran Terengganu itu kecewa apabila kepercayaan yang diberi dimusnahkan begitu sahaja.

Emma mendakwa, dia tidak menuduh tanpa bukti, sebaliknya apa yang dibuat oleh Kamal dan Zahirah menjadi lebih rumit apabila mereka memilih menuding jari kepada pelbagai pihak.

22089217_476646032707511_5718674714636938845_n

Bagaimanapun, Zahirah (gambar atas) menafikan dia terlibat dalam kemelut cinta Emma dan Kamal dan menyalahkan Kamal. – MalaysiaGazette

c8082ad5b097f8d19268f76d22f1f996?s=150&d=mp&r=g
+ posts

Comments are closed.