KUALA LUMPUR – Harga bahan api bagi RON95 dan RON97 bagi tempoh 26 Oktober hingga 1 November 2017 masing-masing naik sebanyak RM 0.03 sen manakala diesel naik sebanyak RM0.02 sen.
Ia menjadikan harga jualan bagi setiap liter menjadi RM 2.20 bagi RON95, RM2.50 bagi RON97 dan RM2.13 bagi diesel.
Harga baharu itu berkuatkuasa pukul 12.01 minit pagi ini sehingga 1 November ini.
Mekanisme harga minyak secara mingguan berkuatkuasa 29 Mac tahun ini. – MalaysiaGazette