Home Dunia Universiti Pyongyang ambil tenaga kerja bukan warga Amerika

Universiti Pyongyang ambil tenaga kerja bukan warga Amerika

Universiti Sains dan Teknologi Korea Utara. Ia adalah universiti swasta pertama di negara itu. foto Agensi

SEOUL – Universiti Sains dan Teknologi Pyongyang (PUST) sedang melakukan pengambilan tenaga pengajar dalam kalangan bukan warga Amerika Syarikat selepas negara itu mengenakan sekatan perjalanan ke Korea Utara.

Menurut notis yang dikeluarkan PUST, pengambilan tenaga pengajar dibuat untuk semester tahun depan.

Pengambilan tenaga pengajar itu difokuskan dari Asia dan Eropah, selepas perbincangan dengan Jabatan Negara Amerika Syarikat berhubung menerima pengecualian istimewa bagi sukarelawan PUST tidak berjalan lancar.

Daripada 130 warga asing yang menjadi kakitangan PUST, kira-kira 60 orang adalah warga negara Amerika Syarikat.

“Tidak perlu dikatakan lagi, ketidakstabilan fakulti dan kurikulum menjadi kronik dan telah memburukkan lagi keadaan, menerjemahkan keadaan kecemasan sekolah dan kurikulum yang lumpuh,” kata notis yang dihantar oleh Paul Song, yang kini bertindak sebagai Dekan Jabatan Kewangan dan Pengurusan Antarabangsa di PUST.

Pada September, Jabatan Negara Amerika Syarikat telah menguatkuasakan larangan terhadap rakyat Amerika daripada melakukan perjalanan ke Korea Utara selepas kes kematian seorang pelajarnya semasa dalam lawatan.

Negara itu turut menasihatkan warganya yang berada di Korea Utara supaya pulang. – MalaysiaGazette