Home Sukan Real Madrid intai khidmat Lewandowski

Real Madrid intai khidmat Lewandowski

Menurut Laman sukan Sepanyol AS, wakil Lewandowski sudah mengadakan rundingan bersama Real Madrid.

MUNICH – Juara Liga Juara-Juara Eropah, Real Madrid sedang mengintai penyerang Bayern Munich, Robert Lewandowski.

Penyerang antarabangsa Poland itu dikaitkan dengan penghijrahan ke Bernabeu sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Menurut laman sukan Sepanyol, AS, wakil Lewandowski sudah mengadakan rundingan bersama Real Madrid.

Sebelum ini pemain itu dilaporkan obses untuk menyertai Real Madrid.

Bayern tidak melabur dalam merekrut pemain baharu selepas tersingkir pada separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah musim lalu.

Kelab gergasi Eropah seperti Paris Saint Germain dan beberapa kelab Liga Perdana Inggeris dan kelab Serie A melakukan pelaburan besar bagi mendapatkan pemain baharu musim ini.

Sebelum ini, Pemain berusia 29 tahun itu mengkritik Bayern kerana gagal mendapatkan pemain yang kreatif.

“Bayern perlu tampil dengan pemain baharu dan kreatif jika mahu merekrut pemain berkelas dunia ke Munich,” katanya. – MalaysiaGazette