KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PKR, Datuk Mohamed Azmin Ali menyifatkan Bajet 2018 sebagai bajet tidak bertanggungjawab dan tidak mampu merancakkan ekonomi negara.
“Saya melihat bajet yang dibentang tahun ini sama seperti bajet yang dibentang pada tahun-tahun yang lepas kerana Perdana Menteri (Datuk Seri Naib Razak) selaku Menteri Kewangan meletakkan belanja mengurus meningkat sehingga 84 peratus dan belanja pembangunan hanya 16 peratus.
Beliau yang juga Menteri Besar Selangor seterusnya mahu rakyat melihat belanjawan negeri itu yang didakwa telah berjaya menaikkan belanja pembangunan yang telah meninggkat sebanyak 50 peratus belanja pembangunan.
“Selain itu, banyak inisiatif yang mahu dilaksanakan mirip dengan apa yang telah dilaksanakan oleh negeri Selangor,” ujarnya.- MalaysiaGazette