KUALA LUMPUR – Kerajaan memperuntukan RM112 juta untuk membina 14 kompleks sukan baharu di seluruh negara dalam Bajet 2018.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, sejumlah RM20 juta kepada Sekolah Sukan Bukit Jalil untuk menambah baik kemudahannya sebagai sekolah sukan premier.
“Bagi mengekalkan momentum bidang sukan, kerajaan memperuntukan RM1 bilion bagi melaksanakan inisiatif meliputi FitMalaysia, Hari Sukan Negara, latihan atlet, program akar umbi dan program pembangunan bola sepak,” katanya dalam pembentangan Bajet 2018 di sini hari ini. – MalaysiaGazette